khairy Lupa Rembau Berebut Raja Fesyen Dengan Mukhriz
Aku tersenyum bila baca kenyataan ni, yela wakil-wakil rakyat yang lain duk sibuk bergiat untuk membela nasib rakyat tapi 2 orang mangkuk UMNO ni boleh pulak berebut-rebut nak melaram pulak.
Kita semua tahu yang Khairy ni pernah keluar majalah sebagai seorang ikon fesyen, mana tak nya dah la kaya, menantu mantan Perdana menteri pulak tu siapa yang tak nak publisiti lebih.
Jadi apa kesnya yang Khairy dan Mukhriz ni berebut pasal raja fesyen pulak ni? Sebenarnya, Khairy di anak tirikan oleh Najib, selama 50 tahun BN memerintah hanya dua kali sahaja kes yang sama berlaku pada Khiary iaitu seorang ketua pemuda UMNO tak dapat jawatan dalam kementerian. Demi membalas dendam dan rasa kecewanya, dia mula beralih ke satu bidang lain iaitu fesyen, dia mula berjinak-jinak dengan fesyen.
Nak buat apa lagi kalau jawatan dalam kementerian tak ada? jawapanya dah tentulah berfesyen. Tujuan dia berfesyen ni juga didapati demi nak alihkan perhatian rakyat supaya lupa terhadap isu minum arak dia, isu rasuah berjuta-juta,isu pengkhianatan terhadap Rembau dan banyak lagi. Taktik ini biasa digunakan oleh UMNO-BN iaitu alihkan perhatian ke isu lain.
Kaitan dia dengan Mukhriz pula, Mukhriz ni merupakan seorang anak bekas Perdana Menteri juga, dia pun tak nak mengalah dengan Khairy, darah muda lah katakan. Dah puas Mukhriz ni cari jalan nak populariti macam Khairy Jamaludin ni akhirnya dia terjerat juga ke bidang fesyen ni. Kes lama berulang sekali lagi sama seperti kes mereka
Inilah perbalahan dalaman UMNO-BN yang semakin jelas dipertontonkan kepada kita. Masing-masing gila pangkat sampaikan rakyat tak terbela, hidup semakin merana dengan macam-macam birokrasi yang mereka lakukan. Inikah pemimpin idaman anda??
0 Responses to “khairy Lupa Rembau Berebut Raja Fesyen Dengan Mukhriz”: