khairy Lupa Rembau Berebut Raja Fesyen Dengan Mukhriz
Aku tersenyum bila baca kenyataan ni, yela wakil-wakil rakyat yang lain duk sibuk bergiat untuk membela nasib rakyat tapi 2 orang mangkuk UMNO ni boleh pulak berebut-rebut nak melaram pulak.
Kita semua tahu yang Khairy ni pernah keluar majalah sebagai seorang ikon fesyen, mana tak nya dah la kaya, menantu mantan Perdana menteri pulak tu siapa yang tak nak publisiti lebih.
Jadi apa kesnya yang Khairy dan Mukhriz ni berebut pasal raja fesyen pulak ni? Sebenarnya, Khairy di anak tirikan oleh Najib, selama 50 tahun BN memerintah hanya dua kali sahaja kes yang sama berlaku pada Khiary iaitu seorang ketua pemuda UMNO tak dapat jawatan dalam kementerian. Demi membalas dendam dan rasa kecewanya, dia mula beralih ke satu bidang lain iaitu fesyen, dia mula berjinak-jinak dengan fesyen.
Nak buat apa lagi kalau jawatan dalam kementerian tak ada? jawapanya dah tentulah berfesyen. Tujuan dia berfesyen ni juga didapati demi nak alihkan perhatian rakyat supaya lupa terhadap isu minum arak dia, isu rasuah berjuta-juta,isu pengkhianatan terhadap Rembau dan banyak lagi. Taktik ini biasa digunakan oleh UMNO-BN iaitu alihkan perhatian ke isu lain.
Kaitan dia dengan Mukhriz pula, Mukhriz ni merupakan seorang anak bekas Perdana Menteri juga, dia pun tak nak mengalah dengan Khairy, darah muda lah katakan. Dah puas Mukhriz ni cari jalan nak populariti macam Khairy Jamaludin ni akhirnya dia terjerat juga ke bidang fesyen ni. Kes lama berulang sekali lagi sama seperti kes mereka
Inilah perbalahan dalaman UMNO-BN yang semakin jelas dipertontonkan kepada kita. Masing-masing gila pangkat sampaikan rakyat tak terbela, hidup semakin merana dengan macam-macam birokrasi yang mereka lakukan. Inikah pemimpin idaman anda??
UMNO Menindas Cina Dengan Barah Perkauman Mereka
Baru-baru ni aku ke Perak demi menyaksikan keadaan politik di sana sambil berjalan-jalan makan angin dekat Teluk Senangin.Jadi, apabila aku bersembang dan berbual dengan penduduk-penduduk tempatan,pemandu teksi,pemandu bas, peniaga kecil ramai yang tak puas hati dengan kerajaan kat erak sekarang ni. Baik Cina,Melayu dan India semua menyatakan perkara yang sama. Yang paling aku terkejut sekali masing-masing menunjukkan bukti yang betul dan nampak depan mata.
Banyak sangat isu yang diorang cerita tapi aku berkenan dengan satu isu ni pasal dekat kawasan Bukit Gantang.
Untuk makluman pembaca semua, Bukit Gantang ni sebuah tempat di mana majoriti penduduk adalah dari kaum Cina dan selama 50 tahun Barisan Nasional memerintah di kawasan tersebut. Penduduk Cina di kawasan tu hidup susah, sama jugak dengan kaum-kaum yang lain. Yang paling menyayat hati di kawasan Bukit Gantang tu ada la beberapa pulau.
Di satu pulau ni, aku x ingat nama apa tapi, keseluruhan penduduk adalah Cina. 50 tahun Malaysia merdeka tapi diorang tak pernah dapat bekalan air dan elektrik. Cuba anda bayangkan, ini adalah kisah benar.
UMNO memang perkauman, sebab itu Perak kalah dan jatuh ke tangan pakatan rakyat di bawah pimpinan Dato' Seri Nizar mereka telah menarik nafas baru. Malangnya mahkamah telah mengiktiraf Zambry sebagai Menteri Besar Perak yang baru, tindakkan ini adalah berdasarkan arahan Najib yang tak nak bayak rahsia di Perak terbongkar.
Apa yang aku ceritakan ni adalah perkara yang benar, kalau anda tidak percaya anda undilah Barisan Najib tu sampai anda pun mungkin terima nasib yang sama seperti orang cina di Perak.